OBJEKTIF JABATAN

Objektif Majlis Daerah Nabawan.

Bagi memberikan perkhidmatan awam yang berkesan, Majlis Daerah Nabawan telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan perananya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :-

Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal,sosial dan mental warga tempatan untuk kesejahteraan penduduk dan persekitaran yang bersih,indah dan selesa.

Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.

Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Perancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Majlis Daerah Nabawan.

Menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang meliputi seluruh kawasan Majlis.

Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.

Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Nabawan.

Memberi khidmat sokongan kepada kemajuan industri pembuatan,pelancongan,pendidikan dan lain-lain.